Tentang Kami

Klinik Hazra Medic adalah destinasi penjagaan kesihatan utama di Sepang dan Cyberjaya, menawarkan perkhidmatan komprehensif untuk semua peringkat umur.

SIAPA KAMI

KLINIK HAZRA MEDIC

Sejak penubuhannya pada November 2018, Klinik Hazra Medic Kota Warisan yang terletak di KIP Sentral Sepang telah menyediakan perkhidmatan kesihatan selama 16 jam sehari, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum. Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang direka untuk memenuhi keperluan kesihatan seisi keluarga dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Fokus kami adalah menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh, meliputi rawatan pesakit luar, pemeriksaan dan buka buku mengandung, serta rawatan susulan ibu mengandung.

Bagi memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang, kami kini meluaskan perkhidmatan dengan pembukaan cawangan baru di Glomac Cyberjaya. Dengan fokus terhadap penjagaan kesihatan yang berkualiti, kami terus berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang mesra, profesional, dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat. Kehidupan yang lebih sihat bersama yang tersayang adalah keutamaan kami kerana kesihatan anda adalah aset yang paling bernilai.

Kenapa Kami

Perkhidmatan Menyeluruh Seisi Keluarga

Kami menawarkan rawatan lengkap dari bayi hingga warga emas, termasuk rawatan ibu mengandung dan vaksinasi.

Operasi Panjang dan Mudah Diakses

Beroperasi selama 16 jam setiap hari, kami memastikan anda mendapatkan rawatan walaupun pada waktu sibuk.

Teknologi Canggih dan Persekitaran Kondusif

Dengan peralatan moden seperti ultrasound 5D dan suasana klinik yang selesa, pengalaman anda adalah keutamaan kami.

Doktor Kami

Dr. Hazwani Binti Abdul Raffar

Resident Doctor

Dr. Fadhil Kamaruzzaman

Resident Doctor

Dr. Laila Farisya

Resident Doctor
Tempah Temu Janji Anda Hari Ini!

Mudah, Cepat & Selesa

Jaga kesihatan anda dan keluarga dengan rawatan terbaik! Hubungi kami di Klinik Hazra Medic untuk membuat janji temu hari ini.